PRN Negeri Sembilan: Muhyiddin Umum Bersatu Guna Logo Sendiri

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 11:01 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

PRN Negeri Sembilan: Muhyiddin Umum Bersatu Guna Logo Sendiri

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini tiba pula giliran Negeri Sembilan untuk memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipertandingkan pada PRN N9 ke-16, 1 Ogos ini.

Muhyiddin maklumkan Bersatu guna logo sendiri untuk PRN Negeri Sembilan, ahli & pengundi dakwa ada kekeliruan

Terbaharu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan parti tersebut mengambil keputusan akan menggunakan simbol atau logonya sendiri bagi PRN di Negeri Sembilan.

Menurut beliau perkara itu diumumkan selepas Bersatu mengambil kira maklum balas daripada ahli termasuk pengundi yang mendakwa terdapat kekeliruan ke atas pendirian parti berkenaan sewaktu menggunakan simbol Perikatan Nasional (PN).

Katanya, keadaan tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan ada pengundi yang menyalahkan parti berkenaan ke atas beberapa keputusan yang sebenarnya tidak dilakukan oleh Bersatu.

Ambil kira pengalaman ketika PRN di Johor

“Kita mengambil kira pengalaman di Johor. Berlaku kekeliruan di peringkat akar umbi sehingga ada yang marah kepada Bersatu walaupun keputusan tertentu bukan datang daripada kita.

“Jadi kita fikir lebih baik pengundi dapat mengenali calon Bersatu dengan jelas melalui simbol parti sendiri di atas kertas undi,” ujarnya, lapor Malaysia Gazette.

Guna simbol sendiri untuk mudahkan pengundi

Selain itu beliau turut menjelaskan penggunaan logo sendiri juga akan memudahkan pengundi untuk membezakan calon daripada parti berkenaan dengan parti-parti lain di dalam gabungan PN.

Keputusan untuk menggunakan simbol sendiri bagaimanapun tidak mengubah kedudukan parti tersebut sebagai parti komponen PN, bahkan parti itu masih kekal dalam gabungan terbabit.

Tambah Muhyiddin lagi, apa-apa keputusan berhubung hala tuju parti berkenaan di dalam PN akan dilakukan sebaik PRN di Negeri Sembilan melabuhkan tirainya.

Umum senarai calon 17 Julai ini

Sementara itu, Muhyiddin turut memaklumkan Bersatu akan mengumumkan senarai calonnya bagi PRN Negeri Sembilan pada Jumaat (17 Julai) sebaik segala keputusan dalaman sudah dimuktamadkan.

Dalam pada itu, Muhyiddin menerusi satu kenyaataan berkata PN yang dipimpin oleh PAS telah menyimpang dari matlamat dan dasar perjuangan PN yang antaranya mempertahankan ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara majmuk, berbilang kaum, agama, sosial, dan wilayah.

“Kenyataan pemimpin PAS, mutakhir ini mengundang kesangsian rakyat terutamanya anak muda mengenai komitmen PN untuk terus mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan agama yang stabil, aman dan harmoni.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved