Mustahil PN Penuhi Permintaan Bersatu Mahu 15 Kerusi PRN Negeri Sembilan - Annuar

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 11:44 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Mustahil PN Penuhi Permintaan Bersatu Mahu 15 Kerusi PRN Negeri Sembilan - Annuar

Mustahil PN Penuhi Permintaan Bersatu Mahu 15 Kerusi PRN Negeri Sembilan - Annuar

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa berkata, gabungan itu tidak mampu memenuhi permintaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu bertanding di 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurut beliau, permintaan tersebut sukar dipenuhi memandangkan PN mempunyai enam parti komponen dan jumlah kerusi yang boleh diagihkan adalah kurang daripada angka yang diminta Bersatu.

Katanya, keputusan Bersatu untuk bertanding menggunakan logo sendiri pada PRN Negeri Sembilan bermakna parti itu secara sukarela memilih untuk berpisah daripada PN bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

“Keputusan menggunakan logo sendiri adalah tindakan terbaik bagi Bersatu dan perlu dihormati.

“Apa jua alasan yang digunakan untuk bertanding dengan logo sendiri di PRN Negeri Sembilan, kita fahami terutama apabila Bersatu sebenarnya telah memaklumkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Rundingan Kerusi PN hasrat mahu 15 kerusi bagi PRN Negeri Sembilan, yang sudah pasti tidak tertunai oleh PN yang mempunyai enam parti komponen serta jumlah kerusi kurang daripada 15 untuk diagihkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Baca juga:

Annuar berkata, keputusan itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana kepimpinan PN telah dimaklumkan sejak bulan lalu mengenai rancangan Bersatu untuk menghidupkan platform politik lain.

Semalam, Bersatu mengumumkan akan bertanding menggunakan logo parti sendiri pada PRN Negeri Sembilan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, beberapa parti lain turut menyatakan hasrat untuk bertanding menggunakan logo Bersatu pada pilihan raya negeri yang dijadual berlangsung pada 1 Ogos ini.

Bagaimanapun, Annuar tidak menjelaskan secara terperinci mengapa PN hanya mempunyai jumlah kerusi yang lebih kecil untuk diagihkan walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan mempunyai keseluruhan 36 kerusi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved