PRN Negeri Sembilan: Pas sedia lawan Bersatu jika bertembung

LocalPolitics
17 Jul 2026 • 2:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: Pas sedia lawan Bersatu jika bertembung
Mohd Amar - Foto: SINAR HARIAN / ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU – Pas bersedia berdepan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekiranya berlaku pertembungan antara kedua-dua parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pertandingan antara parti merupakan perkara biasa dalam politik dan Pas tidak mempunyai masalah untuk menghadapi saingan tersebut.

“Kalau Bersatu akan bertanding di kawasan yang sama, kita lawanlah, tidak ada masalah.

“Adatlah, kalau pertandingan kita lawan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan Bersatu bertanding menggunakan logo sendiri pada PRN Negeri Sembilan, termasuk di kerusi yang turut menjadi sasaran Pas.

Mengulas keputusan Bersatu menggunakan logo sendiri, Mohd Amar berkata, tindakan itu mempunyai kelebihan dan kekurangan dari sudut politik Perikatan Nasional (PN).

“Kalau kita ambil sudut positif, pengundi lebih jelas membuat pilihan.

“Namun dari sudut negatif, ia mungkin memecahkan undi kepada PN kerana Bersatu masih sebahagian daripada gabungan itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun terdapat cabaran sekiranya berlaku pertandingan antara parti dalam gabungan sama, beliau melihat perkara itu dari sudut positif buat masa ini.

“Jadi ada pro dan kontra, tetapi saya lebih melihat kepada positif pada masa ini,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved