PRN Negeri Sembilan: Tiada kertas penamaan calon ditolak, 103 sah bertanding

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 1:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: Tiada kertas penamaan calon ditolak, 103 sah bertanding
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun (tengah) ketika sidang media pada penamaan calon sempena PRN Negeri Sembilan ke-16 di Wisma Persekutuan Seremban pada Sabtu. Foto Bernama

SHAH ALAM - Tiada kertas penamaan calon ditolak pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), Negeri Sembilan ke-16 yang berlangsung di lapan pusat penamaan calon pada Sabtu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan memaklumkan, selepas tempoh penyerahan kertas penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi, seramai 103 calon mewakili pelbagai parti politik dan individu bebas disahkan layak bertanding.

"Sebanyak 103 kertas penamaan calon diterima dan disahkan layak bertanding bagi PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16.

"Tiada kertas penamaan yang ditolak," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

SPR memaklumkan, daripada jumlah tersebut, Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan 36 calon, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 25 calon.

Selain itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meletakkan 24 calon, manakala Perikatan Nasional (PN) menampilkan 11 calon.

SPR turut memaklumkan masing-masing satu calon mewakili Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), selain empat calon bertanding atas tiket Bebas.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri Sembilan

PRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok Mat

PRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah

Keseluruhannya, seramai 103 calon disahkan bertanding pada PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 selepas proses penamaan calon selesai dijalankan di semua lapan pusat penamaan di negeri berkenaan pada Sabtu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved