PRN: Peratusan Undi Awal Lebih 80 Peratus Setakat 2 Petang

Politics
8 Aug 2023 • 11:15 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota tentera menunjukkan jari dengan dakwat kekal selepas menunaikan tanggungjawab di pusat mengundi awal di 91 Depot Bekalan Pusat Kor Perkhidmatan Diraja, Batu Caves, Selangor. gambar Nooreeza Hashim

KUALA LUMPUR - Kesemua negeri merekodkan peratusan keluar mengundi lebih 80 peratus bagi undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setakat jam 2 petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu merekodkan peratusan tertinggi iaitu 90 peratus, diikuti Negeri Sembilan sebanyak 88 peratus, manakala 
Kelantan dan Kedah, masing-masing mencatatkan 87 peratus.

Pulau Pinang pula merekodkan 86 peratus; Selangor dengan 84 peratus manakala peratusan undi awal PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 85 peratus.

image is not available
Proses mengundi di 91 Depot Bekalan Pusat Kor Perkhidmatan Diraja, Batu Caves, Selangor. gambar Nooreeza Hashim

Undi awal PRN membabitkan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor, selain PRK bagi Parlimen Kuala Terengganu.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.

Turut dibuka tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. Getaran, 8 Ogos 2023