PRN: Rundingan BN-PH Terengganu masih berjalan

Politics
7 May 2023 • 3:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nik Dir

KUALA TERENGGANU - UMNO Terengganu menafikan dakwaan parti itu enggan bekerjasama dalam membantu calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, beliau tidak tahu bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan ia tidak dibincangkan.

"Saya nafikan perkara ini, memang tiada dan kita tidak ada cakap apa-apa pun tentang ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Menurut beliau, setakat ini perbincangan agihan kerusi melibatkan Barisan Nasional (BN) dan PH dalam menghadapi PRN masih berjalan serta belum dimuktamadkan.

"Dalam pertandingan, sudah mesti kita mahu menang dan sekarang, kita sedang merancang serta mengatur strategi terbaik dalam meraih kemenangan," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan jentera UMNO dikatakan akan memprotes dan tidak mahu menerima calon PH di negeri Pantai Timur.

Protes itu didakwa berikutan akar umbi tidak dapat menerima kerjasama UMNO dengan PH dan ia sudah disuarakan dalam mesyuarat peringkat Perhubungan UMNO negeri April lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved