PRN Sabah : Bukan sekadar menang tapi BN mahu pulihkan keyakinan rakyat – Nurul Zahid

LocalPolitics
10 Nov 2025 • 2:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan Barisan Nasional (BN) harus bangkit dengan semangat baharu bukan dengan dendam, tetapi dengan kebijaksanaan.

Kata Nurulhidayah, parti tersebut perlu berdiri sebagai wadah yang membawa ketenangan dan kepastian dimana, tempat rakyat berpegang apabila dunia politik menjadi tidak menentu.

Pulihkan keyakinan rakyat

image is not available

“Kita bukan lagi sekadar mahu menang pilihan raya, tetapi kita mahu mengembalikan keyakinan rakyat kepada nilai perjuangan yang sebenar iaitu kestabilan, pengalaman, dan keikhlasan membina negeri serta bangsa.
“Biarlah orang berbicara, biarlah ada yang meremehkan. Kita tidak perlu membalas dengan kata-kata, tetapi dengan hasil kerja yang nyata.
“Biar rakyat menilai siapa yang benar-benar bekerja, siapa yang konsisten, dan siapa yang terus berkhidmat walau diuji,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Artikel lain: BN sedia sokong PH berdepan ‘pengkhianat’ di PRN Sabah -Ahmad Maslan

Pulihkan keyakinan rakyat

image is not available

Bukan itu sahaja, beliau turut menjelaskan bahawa kekuatan sebenar bukan pada angka atau jawatan, tetapi pada kesetiaan terhadap perjuangan.

“Sabah bukan medan untuk menebus luka, tetapi tanah harapan di mana perjuangan BN boleh disemai semula dengan kasih, dengan perpaduan, dan dengan visi yang jelas untuk rakyat.
“Kita yakin, dengan izin Allah, kesungguhan dan keikhlasan akan membuahkan kemenangan.
“Dan apabila saat itu tiba, ia bukan kemenangan individu, tetapi kemenangan bersama, kemenangan semangat, kesetiaan dan maruah Barisan Nasional yang tidak pernah hilang arah buat bumi bertuah Sabah,” ujarnya lagi.

image is not available

Sumber: Instagram @Nurulhidayah Ahmad Zahid