PRN Sabah: Kesemua 882 Pusat Undi Ditutup 5.30 Petang

LocalPolitics
29 Nov 2025 • 6:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PRN Sabah: Kesemua 882 Pusat Undi Ditutup 5.30 Petang

KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) — Kesemua 882 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang ini.Penutupan pusat-pusat pengundian melibatkan 3,599 saluran itu dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas dibuka tepat 7.30 pagi tadi.

BACA: PRN Sabah Ke-17 Masuk Hari Penentu, 882 Pusat Mengundi Dibuka Tepat 7.30 Pagi

Lebih 1.74 juta pengundi biasa layak menunaikan hak mereka hari ini bagi memilih wakil rakyat masing-masing, bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 60.94 peratus atau 1,062,114 orang telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang. SPR menjangkakan keputusan awal pengundian dapat diumumkan sekitar 10 malam ini. Ketika ini, proses pengiraan kertas undi dari pusat-pusat yang ditutup awal sedang dijalankan. Untuk berita-berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.

BACA: PRN Sabah: Ahmad Zahid Seru Pengundi Guna Hak Pilih Wakil Terbaik

Sumber: Bernama

The post PRN Sabah: Kesemua 882 Pusat Undi Ditutup 5.30 Petang appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved