Ribut petir diramal landa banyak kawasan esok

28 Nov 2025 • 12:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Cuaca di kebanyakan kawasan di Sabah pada Sabtu ini yang merupakan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, diramal mengalami ribut petir.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa hujan dijangka melanda di beberapa tempat pada waktu pagi.

Sementara itu, ribut petir diramal berlaku di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman pada sebelah petang, manakala hujan dijangka melanda di beberapa tempat pada waktu malam.

Suhu maksimum sepanjang hari dijangka 21 darjah Celsius, manakala maksimum pula 31 darjah Celsius.