PRN: Tok Mat tentukan pembahagian kerusi di Kelantan, Terengganu

Politics
11 May 2023 • 11:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid (kiri) berucap selepas Majlis bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77 di Di Surau Ar-Rahman Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menyerahkan kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menentukan pembahagian kerusi di Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahmad Zahid berkata, keputusan kebijaksaan dalam melaksanakan perundingan itu akan diterjemah dengan sebaik-baiknya.

"Saya menyerahkan kebijaksanaan perundingan ini kepada Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menentukan bahawa kebijaksanaan itu akan diterjemahkan dengan sebaik-baiknya.

"Kita akan mendengar apa sahaja pandangan daripada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media selepas Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77 di Surau Ar Rahman, Menara Dato Onn, WTC pada Khamis.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) gagal meraih sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, BN pula menang dengan lapan daripada 45 kerusi DUN di Kelantan dan 10 daripada 32 kerusi di Terengganu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved