Procreate Berikrar Tidak Akan Menggunakan AI Generatif Pada Produk Mereka

TechnologyDigital
20 Aug 2024 • 10:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Procreate tidak akan memperkenalkan sebarang ciri yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif pada produk keluaran mereka. Dalam kenyataan rasmi yang diterbitkan di laman, Procreate mengatakan AI generatif dibina daripada “karya yang dicuri “dan membawa kita ke “masa depan yang tandus”.

image is not available

Oleh sebab itu teknologi AI generatif tidak akan ditawarkan pada produk dengan ia dilihat sebagai langkah yang lebih menarik dan bermanfaat untuk komuniti pengguna perisian mereka. Selain itu Procreate juga tidak akan mengakses karya seni yang dihasilkan oleh pengguna serta menghormati privasi dengan aktiviti pengguna tidak akan dijejak.

Keputusan yang diambil oleh Procreate adalah berlainan sama sekali dengan yang dilakukan oleh Canva dan Adobe. Kedua-dua syarikat memperkenalkan pelbagai ciri AI generatif sejak setahun yang lalu. Adobe misalnya menerima kritikan komuniti seni kerana laman TOS mengatakan karya pengguna yang disimpan di awanan akan digunakan bagi melatih model AI sehingga mereka terpaksa mengeluarkan penafian.