Nubia Z70 Ultra, Nubia Flip 2 Dan RedMagic 10 Akan Dijana Snapdragon 8 Gen 4

TechnologyDigital
20 Aug 2024 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 akan menjana kebanyakan peranti mercu hujung tahun 2024 ke tahun 2025. Cip ini dijangka akan diperkenalkan pada bulan Oktober dan akan memfokuskan kepada kemampuan AI generatif selain turut akan menggunakan Oryon CPU yang sama pada siri Snapdragon X untuk laptop-laptop Windows AI PC dan Copilot+. Terbaru, empat peranti ZTE dan Nubia dilaporkan akan menggunakan cip ini.

image is not available

Peniris terkenal China iaitu Digital Chat Station melaporkan yang Nubia Z70 Ultra, Nubia Flip 2 dan RedMagic 10 adalah antara peranti tersebut. Setiap peranti mercu dengan kamera bawah skrin akan menggunakan sensor baharu, bateri pula adalah lebih tahan lama dan akan ada satu tablet saiz kecil dijana Snapdragon 8 Gen 3. Nubia bermula tahun ini telah benar-benar berubah, seperti RedMagic UI yang lebih mesra pengguna dan jualan peranti di Malaysia akhirnya berdaftar dan rasmi.

Saya tertarik dengan Nubia Flip 2 yang akan menjadi pesaing kepada Galaxy Z Flip6 atau mungkin Z Flip7. Nubia Flip sekarang adalah fon katup mampu milik, jadi apakah kejutan dari Nubia untuk Flip 2 dengan cip lebih berkuasa. Sama-sama kita nantikan.