“Producer Otak Kecut” – TV3 Kena Kecam, Tayang Rancangan Tampil Hafidz Roshdi Dan Bekas Isteri

LocalEntertainment
14 Aug 2025 • 4:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial Threads apabila seorang penggunanya tampil mengecam stesen TV3 gara-gara menyiarkan kembali rancangan memasak yang menampilkan pelakon Hafidz Roshdi bersama bekas isterinya, Shuhada Shukri.

Difahamkan, rancangan tersebut adalah rancangan Aroma Tradisi dan sudah disiarkan lama dahulu.

image is not available

Berikutan itu, ramai netizen mempersoalkan tindakan stesen TV tersebut yang ulang siar rancangan tersebut sedangkan Hafidz dan Shuhada sudah bercerai.

Apatah lagi dengan kontroversi yang melibatkan keduanya, netizen merasakan ia adalah tindakan yang tidak wajar untuk dilakukan.

image is not available

Producer macam otak kecut.

Takdak sensitivity.. member dah cerai.. takdak modal lain dah.

Mengimbas kembali, pelakon Hafidz Roshdi sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan lafaz cerai yang dibuat melalui panggilan telefon pada 22 Februari 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-14 16:03:49

Bergambar Dengan Datuk Akberdin, Hantaran Ibu Anna Jobling Jadi Tumpuan Ramai - "Hari Ini Kami Berjumpa Lagi"