Produk iQoo akan diperluas ke jam tangan pintar dan audio

Digital
17 Dec 2023 • 12:08 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

iQoo adalah jenama yang ada kaitan dengan Vivo dan kehadiran mereka dalam pasaran telefon pintar semakin dirasai. Pastinya mereka ingin mengekalkan momentum itu dan dilaporkan bahawa iQoo bakal memperluas penawaran produk mereka ke segmen jam tangan pintar dan juga iQoo.
produk baharu ini mungkin akan diumum bersama-sama iQoo Neo 9 pada 27 Disember 2023.

Dalam pasaran China, jenama itu dikesan bakal perkenalkan iQoo Watch dan iQoo TWS 1e. Ia mungkin dibangun berasaskan produk vivo sedia ada seperti Vivo Watch 3 dan juga Vivo TWS 3e.

image is not available

image is not available

Sekiranya benar, anda boleh jangkaan iQoo Watch memiliki spesifikasi mirip Vivo Watch 3. Ia adalah jam tangan dengan muka sebesar 1.43" berbentuk bulat dan kalis air pada paras 5 ATM. Panel paparan yang digunakan adalah OLED dan menyokong fungsi always-on display.

image is not available

iQoo TWS 1e yang berasaskan Vivo TWS 3e pula mungkin dipacu unit audio 11mc setiap satu dengan teknologi spatial audio terbin di dalamnya. Satu bateri penuh boleh berikan waktu khidmat sehingga 11 jam lamanya.

image is not available

Nama iQoo baru-baru ini hangat di Malaysia kerana menjadi jenama telefon pertama yang membawa masuk telefon dengan cip Snapdragon 8 Gen 3.

Sumber: 91Mobile

Bacaan berkaitan