Produk Pertama OpenAI Dikatakan Sebuah Speaker Pintar Tanpa Skrin Boleh Bergerak Sendiri

Technology
15 Jul 2026 • 9:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Produk Pertama OpenAI Dikatakan Sebuah Speaker Pintar Tanpa Skrin Boleh Bergerak Sendiri

OpenAI masih mempunyai sasaran melancarkan produk fizikal pertama mereka tahun ini walaupun berhadapan saman oleh Apple yang mendakwa rahsia syarikat telah dicuri bekas kakitangan yang kini bekerja di syarikat AI tersebut. Terdapat banyak ura-ura didengari mengenai produk pertama ini dan Mark Gurman di Bloomberg telah berkongsi maklumat terkini.

Image from: Produk Pertama OpenAI Dikatakan Sebuah Speaker Pintar Tanpa Skrin Boleh Bergerak Sendiri

Menurut beliau, produk pertama ialah sebuah speaker pintar tanpa skrin yang boleh bergerak sendiri. Kecerdasan buatan (AI) yang digunakan akan mempelajari tabiat pengguna dan selepas beberapa ketika memahami kehendak mereka. Perbualan dengan speaker ini akan menjadi seperti berbual dengan manusia sebenar yang menemani pengguna.

Bagaimana ia bergerak tidak pula dijelaskan tetapi konsep produk ini berbeza dengan ura-ura OpenAI melancarkan loket pintar seperti AI Pin yang gagal beberapa tahun lalu. Speaker pintar ini menerima sentuhan bekas kakitangan Apple yang telahpun berpindah.

Walaupun konsep berbeza, ia masih mempunyai beberapa persamaan dengan ura-ura HomePod baharu dengan lengan robotik berputar dilengkapi skrin yang dikatakan sedang dibangunkan Apple.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved