OpenAI : “Kami Tidak Berminat Dengan Rahsia Dagangan Syarikat Lain”

WorldTechnology
11 Jul 2026 • 6:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI : “Kami Tidak Berminat Dengan Rahsia Dagangan Syarikat Lain”

Pada awal hari ini, Apple dilihat telah memfailkan saman ke atas OpenAI, dan mendakwa OpenAI telah menggunakan beberapa kaedah dalam mencuri rahsia dalaman syarikat Apple – termasuk meminta bekas pekerja membawa dokumen berkaitan, selain mendekati pengedar dan pengeluar Apple dengan kaedah tidak jujur.

Lanjutan daripadanya, kini pihak OpenAI mengeluarkan komen rasmi, dan menyatakan “Kami tidak mempunyai sebarang minat terhadap rahsia dagangan syarikat lain. Kami kekal memfokuskan dalam membangunkan teknologi inovatif yang menguasakan pengguna dimana-mana”.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan tindakan lanjut kedua-dua pihak. OpenAI dikatakan dalam persiapan untuk memperkenalkan peranti dan perkakasan AI mereka dalam masa terdekat, dan tidak diketahui lagi apakah bentuk peranti pertama yang akan dilancarkan secara rasmi oleh syarikat memfokuskankecerdasan buatan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved