Produk platform e-dagang perlu sedia huraian bahasa Melayu mulai esok

23 Jun 2025 • 4:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 JUN: Bermula esok, peniaga di platform e-dagang antaranya Shopee, Lazada dan perlu menyertakan maklumat diri serta menyediakan huraian produk dalam bahasa Melayu.

Berdasarkan makluman dikeluarkan Lazada, penguatkuasaan mengikut Peraturan Peraturan Perlindungan Pengguna (Urusniaga Perdagangan Elektronik) 2024 mewajibkan pembeli mendedahkan maklumat.

Ia termasuk menyatakan nama penjual atau syarikat, alamat perniagaan, laman web, dan emel serta nombor telefon di aplikasi e-dagang berkenaan.

Selain itu, huraian produk harus disediakan dalam bahasa Melayu namun terjemahan tambahan bahasa lain seperti bahasa Cina dan Inggeris dibenarkan.

Bagi produk kategori kesihatan san keselamatan perlu memuat baik dokumen atau sijil berkaitan.