Produk ‘Yadom’ Popular Dari Thailand Didakwa Kotor, Dikesan Ada Bakteria & Kulapuk

LocalHealth & Fitness
29 Oct 2025 • 3:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Jenama Hong Thai Brand Herbal Inhaler Formula 2 didapati gagal memenuhi piawaian keselamatan akibat pencemaran mikrob, menurut satu kenyataan yang diterbitkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).

Ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Sains Perubatan mendapati produk tersebut melebihi had yang dibenarkan bagi Jumlah Kiraan Mikrob Aerobik Keseluruhan (Total Aerobic Microbial Count), Jumlah Kiraan Yis dan Kulapuk Gabungan (Total Combined Yeasts and Mould Count) serta pencemaran Clostridium.

image is not available

Ujian itu dilakukan ke atas sampel yang diambil dari tapak pengeluaran Hong Thai Commercial Herbal Products.

FDA menyatakan bahawa produk berdaftar di bawah nombor G 309/62 itu tidak mematuhi piawaian ketulenan dan kualiti 2021 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Awam untuk produk herba berdaftar.

Agensi tersebut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan produk berkenaan, kerana ia dikategorikan sebagai produk tidak mematuhi piawaian di bawah Seksyen 60 (2) Akta Produk Herba B.E. 2562 (2019).

Mereka yang mengeluarkan produk seumpama itu boleh berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga 200,000 baht, manakala penjualnya boleh dikenakan penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga 50,000 baht.

Sumber: Thai Enquirer

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article