Produktiviti buruh meningkat RM123,176 menjelang 2030

LocalBusiness & Finance
29 Sep 2026 • 3:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Produktiviti buruh meningkat RM123,176 menjelang 2030

KUALA LUMPUR: Nilai produktiviti buruh disasar meningkat kepada RM123,176 bagi setiap pekerja menjelang 2030 berbanding RM104,556 ketika ini.

Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Kamaruzzaman Johari berkata, sasaran itu selaras aspirasi membawa Malaysia ke kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing dunia menjelang 2030.

Katanya, sasaran itu memerlukan budaya kecekapan diterjemahkan secara menyeluruh di peringkat organisasi.

“Negara menyasarkan pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 3.6 peratus setahun, selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan sasaran daya saing negara.

“Di sinilah peranan MPC digerakkan secara menyeluruh, bukan sekadar membantu firma meningkatkan produktiviti, malah bertindak memangkinkan penyebaran amalan terbaik dan penyelesaian produktiviti.

“MPC kekal komited untuk menjadi rakan strategik utama industri dalam membina ekosistem kukuh yang memastikan tiada firma terpaksa mendepani cabaran produktiviti secara bersendirian,” katanya sewaktu berucap pada Quality Environment 5.0 (QE5.0) Showcase 2026 di Menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran RMK13 untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia.

Katanya, keyakinan itu disokong oleh kedudukan Malaysia yang meningkat dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) kepada kedudukan ke-15 berbanding tangga ke-23 pada 2025.

Tambah Kamaruzzaman, faktor kecekapan perniagaan turut meningkat sebanyak 16 anak tangga kepada kedudukan ke-16 dunia, mencerminkan pengukuhan keupayaan sektor perniagaan beroperasi dengan cekap. – UTUSAN 

The post Produktiviti buruh meningkat RM123,176 menjelang 2030 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved