Prof Dr. Justin Rakyat Malaysia Pertama Tawan Musim Sejuk Antartika

29 Oct 2023 • 12:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Profesor UMS berjaya selesai ekspedisi Antartika

Prof Dr. Justin Rakyat Malaysia Pertama Tawan Musim Sejuk Antartika. Saintis negara, dari Fakulti Sains dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr. Justin Sentian diiktiraf sebagai rakyat Malaysia pertama menjalani ekspedisi di Antartika semasa musim sejuk dan paling lama berada di Antartika iaitu tujuh bulan.

Menurut laporan, setelah menjalankan penyelidikan musim sejuk berkaitan perubahan iklim, di Semenanjung Antartika dalam keadaan cuaca melampau, beliau selamat tiba di tanahair, malam Jumaat (27 Oktober).

image is not available
Sumber foto: borneopost

“Sebanyak 197 sampel gas dari udara, salji, ais laut dan air laut, telah diambil untuk kajian kandungan spesies halokarbon seperti bromokarbon serta memperoleh data yang merekodkan variasi kepekatan ozon permukaan dan beberapa spesies gas hidrokarbon sepanjang musim sejuk di Antartika,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM).

Antara cabaran yang dilaluinya

Sementara itu, Justin menyatakan bahawa antara cabaran yang dilalui sepanjang berada di Antartika ialah menghadapi keadaan cuaca yang sangat ekstrem dengan suhu udara mencapai -44 darjah Celsius dan kelajuan angin dengan ribut salji mencecah 120 kilometer/jam serta cuaca yang tidak menentu dalam sehari yang menyukarkan beliau untuk mengambil sampel kajian.

“Walaupun ada kekangan sedikit dari segi masa, namun dari segi keseluruhan segala-galanya berjalan dengan baik dan tidak ada apa masalah,” katanya selepas ditemui pemberita, memetik berita rtm.

Beliau berharap kajiannya dapat menyumbang kepada seluruh rakyat

Dalam pada itu, Justin turut berharap bahawa kajiannya dapat menyumbang kepada kalangan saintis kimia atmosfera serta kepada seluruh masyarakat tempatan dan global untuk lebih memahami perhubungan kompleks dengan isu-isu semasa seperti perubahan iklim dan penipisan ozon di Antartika.

Ekspedisi selama tujuh bulan itu dijayakan bersama rakan penyelidik, Profesor Julio Escudero dari Chile di stesen penyelidikan milik Chile yang terletak di Pulau King George, Antartika yang dianjurkan oleh YPASM dengan kerjasama organisasi Instituto Antartico Chileno, dan Kedutaan Chile di Malaysia.

Baca juga artikel yang berkaitan mengenai saintis:

https://www.iloveborneo.my/saintis-jumpa-spesies-tumbuhan-baharu-namakan-bunga-lalisa-sebagai-tanda-penghormatan/

https://www.iloveborneo.my/saintis-israel-dakwa-boleh-hasilkan-model-embrio-manusia-tanpa-sperma-telur-atau-persenyawaan/