Program Arkib@Sekolah tarik minat pelajar, bawa sejarah lebih dekat

LocalFamily & Parenting
5 May 2025 • 2:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Program Arkib@Sekolah: “Bermulanya Di Sini” menarik minat dalam kalangan pelajar bagi mendekati sejarah.

Program Arkib@Sekolah tarik minat pelajar dekati sejarah!

Ia seiring dengan objektif Kerajaan MADANI ke arah penyatuan nasional dan membina tapak integrasi yang kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

image is not available

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata, dengan mengangkat sejarah sebagai alat pendidikan yang aktif, orang ramai sebenarnya sedang memperkukuh jati diri nasional serta mengukuhkan ikatan perpaduan antara rakyat.

image is not available

“Saya percaya bahawa pembangunan insan yang berilmu dan berjiwa patriotik bermula dari bangku sekolah. Oleh itu, usaha seperti ini wajar diperluas ke sekolah-sekolah lain di seluruh negara, agar tiada generasi yang terpisah daripada akar sejarahnya.

“Dalam masa yang sama, peranan guru amat penting sebagai pemudah cara dalam menyampaikan nilai-nilai murni sejarah dan perpaduan kepada pelajar”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Arkib@Sekolah: “Bermulanya Di Sini” di Sekolah Menengah St. Mary, Sandakan hari ini.

image is not available

Program tersebut bagi menggalakkan penggunaan bahan arkib sebagai sumber autentik dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi ruang kepada pelajar untuk mendekati sejarah dengan cara yang lebih interaktif, kreatif dan bermakna.

image is not available

Sehingga kini, Arkib Negara Malaysia telah menyimpan sebanyak 81 bahan berkaitan Rukun Negara yang merangkumi fail rasmi, koleksi gambar, laporan akhbar, terbitan dan sebagainya.

Untuk makluman, sekolah berkenaan merupakan lokasi pertama bagi penganjuran pada tahun ini dan akan diteruskan di dua negeri lain iaitu Kedah dan Kelantan pada Julai serta Ogos depan.