Program biodiesel dijangka guna 1.13 juta tan minyak sawit menjelang akhir 2026

LocalBusiness & Finance
14 Jul 2026 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Program biodiesel dijangka guna 1.13 juta tan minyak sawit menjelang akhir 2026

KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Program Biodiesel Negara dijangka menggunakan kira-kira 1.13 juta tan minyak sawit menjelang akhir 2026, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Jumlah berkenaan mengambil kira penggunaan minyak sawit mentah (MSM) sedia ada pada 2025 serta anggaran peningkatan penggunaan MSM susulan pelaksanaan biodiesel B15 yang bermula pada Jun tahun ini.

“Pada 2025, penggunaan biodiesel sawit (PME) bagi B10 dan B20 dalam sektor pengangkutan serta B7 dalam sektor industri berjumlah 934,823.31 tan, manakala pelaksanaan B15 mulai Jun 2026 dijangka meningkatkan penggunaan MSM sebanyak kira-kira 330,000 tan setahun untuk biodiesel domestik sektor pengangkutan.

“Jadi, apabila digabungkan data penggunaan MSM sedia ada pada 2025 dengan anggaran peningkatan penggunaan MSM disebabkan pelaksanaan B15, jumlah keseluruhan penggunaan minyak sawit untuk Program Biodiesel Negara dijangka mencecah sekitar 1.13 juta tan menjelang akhir 2026,” kata KPK menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.

KPK berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) mengenai status penaiktarafan semua depoh biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20, serta jangkaan volum dan nilai minyak sawit yang akan digunakan sebagai biodiesel sehingga akhir tahun ini.

Mengenai status penaiktarafan depoh biodiesel, KPK berkata kerja reka bentuk kejuruteraan untuk keempat-empat depoh telah selesai, meliputi pembinaan tangki biodiesel, pemasangan sistem penerimaan biodiesel serta pembinaan paip dan meter baharu.

--BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved