Program Budi Belia: Insentif E-Dompet RM100 Belia Sukarelawan

1 Nov 2026 • 6:58 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kerajaan telah memperkenalkan Program Budi Belia yang memberi insentif e-dompet sebanyak RM100, kepada belia yang melengkapkan jam sukarelawan bersama NGO terpilih.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai inisiatif ini.

Image from: Program Budi Belia: Insentif E-Dompet RM100 Belia Sukarelawan

Mengenai Program Budi Belia

Program Budi Belia merupakan program yang menawarkan insentif e-dompet sebanyak RM100 kepada anak muda yang aktif menyertai aktiviti kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.

Progran ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2027 bagi menyemai nilai ihsan dan sikap saling membantu dalam kalangan generasi muda, selaras dengan teras Malaysia MADANI.

Beliau mengambil contoh beberapa kisah yang menyentuh hati rakyat termasuk saudara Usop yang dikenali menerusi inisiatif “Minyak Hitam Jalanan”, selain kisah jururawat Deena Nadzhiefa yang tular kerana menyuap makanan kepada pesakit berbangsa India serta Zira yang menyediakan makanan percuma kepada murid-murid yang kelaparan.

Inisiatif ini merupakan sebagai usaha kerajaan bukan sahaja menghargai sumbangan golongan muda kepada masyarakat, malah membentuk generasi yang lebih prihatin, berjiwa besar dan mempunyai semangat kebersamaan dalam membantu mereka yang memerlukan.

Program itu juga akan memperluas budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia, sekali gus menjadikan amalan berbakti kepada masyarakat sebagai sebahagian daripada gaya hidup generasi muda negara.

Jumlah Insentif Program Budi Belia

Jumlah insentif yang akan diberikan adalah sebanyak RM100 dalam bentuk e-dompet.

Syarat Ditetapkan

Untuk mendapatkan insentif ini, para belia perlu melengkapkan jumlah jam aktiviti kesukarelawanan yang ditetapkan.

Senarai NGO

Setakat ini, senarai NGO masih belum diumumkan oleh KBS sebagai rakan kongsi yang terpilih oleh pihak kerajaan namun belia boleh memilih platform sukarelawan KBS sama ada:

PlatformAktiviti
Sukarelawan Rakan MudaPasukan sukarelawan rasmi KBS bagi khidmat masyarakat, misi pascabencana, sukarelawan sosial seta sukarelawan sukan. Penggerak aktiviti kemasyarakatan bagi mengukuhkan hubungan kejiranan dan komuniti setempat.
MYCorpsMisi penempatan belia di kawasan luar bandar untuk projek
kebajikan dan kemajuan komuniti setempat.
ASEAN Youth VolunteerProgram sukarelawan rentas negard bersama belia Asia
Tenggara untuk projek kebajikan serantau.
Mobilisasi Sukarelawan Rakan PrihatinInisiatif sukarelawan untuk menyantuni golongan asnaf, OKU, warga emas, anak yatim serta perlindungan dan kebajikan haiwan jalanan.
Mobilisasi Sukarelawan Rakan BumiInisiatif sukarelawan untuk menyantuni inisiatif kelestarian alam seperti plogging, penanaman pokok bakau, konservasi alam.
Program Intervensi dan Advokasi Keshatan Mental bersama NGOKhidmat sokongan emosi dan bantuan sosial sesama belia
melalui konsep rakan pendengar.
Program Misi Sukarelawan PascabencanaSkuad pembersihan dan pemulihan kemudahan awam
serta rumah mangsa banjir.
Sukarelawan Sukan Negara – SUKMA, Sukan SEA dan F1Pasukan sokongan pengurusan acara sukan merangkumi
logistik, pendaftaran, kebajikan atlet dan lain-lain.
Image from: Program Budi Belia: Insentif E-Dompet RM100 Belia Sukarelawan
Image from: Program Budi Belia: Insentif E-Dompet RM100 Belia Sukarelawan

Cara Mendaftar Sukarelawan KBS

Untuk mendaftar sebagai sukarelawan, sila layari laman web https://myprofil.iyres.gov.my/ yang merupakan sistem bersepadu daripada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Budi Belia?

Program Budi Belia merupakan program yang menawarkan insentif e-dompet sebanyak RM100 kepada anak muda yang aktif menyertai aktiviti kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.

Berapakah jumlah insentif yang bakal diberikan?

Jumlah insentif yang akan diberikan adalah sebanyak RM100 dalam bentuk e-dompet.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan insentif ini?

Para belia perlu melengkapkan jumlah jam aktiviti kesukarelawanan yang ditetapkan.

Apakah platform sukarelawan yang boleh disertai oleh para belia?

– Sukarelawan Rakan Muda
– MYCorps
– ASEAN Youth Volunteer
– Mobilisasi Sukarelawan Rakan Prihatin
– Mobilisasi Sukarelawan Rakan Bumi
– Program Intervensi dan Advokasi Kesihatan Mental bersama NGO
– Program Misi Sukarelawan Pascabencana
– Sukarelawan Sukan Negara (SUKMA, Sukan SEA dan F1)

Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai Sukarelawan KBS?

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://myprofil.iyres.gov.my/.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Program Budi Belia, sila layari laman web https://www.kbs.gov.my/ms/ atau laman web Belanjawan 2027 di pautan https://belanjawan.mof.gov.my/ms/2027.

Baca juga: Rumah Transit DBKL untuk Belia Serendah RM100 sebulan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved