
SEMPORNA: Program Civil Military Cooperation (Cimic) anjuran Markas Angkatan Tugas Bersama 2 bersama Kementerian Pertahanan yang melibatkan beberapa agensi keselamatan dan awam dijangka akan dapat memperkukuh hubungan antara tentera dan masyarakat awam, terutamanya di daerah ini.
Panglima Angkatan Tugas Bersama 2, Brigadier Jeneral Wan Edenin Wan Mahsin ketika merasmikan program Cimic berkata, program ini juga dapat memupuk semangat patriotisme dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Advertisement“Program ini juga memberikan pendedahan berkenaan tugas dan peranan ATM kepada masyarakat awam,” katanya.
Bersempena dengan program berkenaan, turut diadakan sesi penyampaian sumbangan 500 barangan persekolahan kepada sekolah di sekitar daerah ini dan sumbangan kotak rezeki kepada 70 penerima bagi penduduk di sekitar daerah Semporna.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Turut berlangsung adalah pameran medan termasuk demonstrasi masakan rangsum tempur, pemasangan hammock, dan Beg Full Service Marching Order (FSMO).
Selain itu, program Cimic ini juga memberikan peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan pelbagai pendedahan berkenaan kerjaya dalam bidang ATM.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Usaha ini adalah merupakan aspirasi yang telah dibawa di dalam Kertas Putih Pertahanan yang menggariskan bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama melibatkan semua lapisan masyarakat dan agensi kerajaan melalui prinsip Whole of Government Whole of Society (Wogos).
Turut hadir adalah Penolong Pegawai Pentadbiran Pejabat Daerah Semporna, Hafizul Hafiz Ladja Hassan, Ketua Staf Bahagian Operasi Laut Esscom yang mewakili Komander Esscom, Laksamana Pertama (M) Abd Razak Mohamed, Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Akhwan Jamaludin dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Semporna.




