Pemandu Peribadi Lakukan S*ks Luar Tabii Dengan Suami Majikan Direman 5 Hari

Entertainment
6 Dec 2024 • 11:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seks luar tabii merujuk kepada jenis hubungan seksual yang dianggap menyimpang atau tidak normal menurut norma atau ajaran masyarakat, agama, atau undang-undang tertentu.

Terbaru, seorang pemandu peribadi lelaki direman lima hari selepas disyaki melakukan seks luar tabii bersama suami majikannya yang juga merupakan seorang penjawat awam.

image is not available

Menurut laporan Kosmo!, perintah reman sehingga Isnin itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nor Syaliati Mohd. Sobri terhadap lelaki berusia 32 tahun berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Suspek yang masih bujang itu dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh itu bersama suami majikannya berusia 47 tahun di rumahnya yang terletak di Jasin, kira-kira pukul 5 petang, awal Ogos lalu.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas pihak polis menjumpai rakaman aksi seks luar tabii tersebut di dalam telefon bimbit penjawat awam terbabit.

Difahamkan, suspek telah ditahan pasukan Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di rumahnya petang semalam.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.