Program inisiatif hijau Synergy diperluas bagi menyokong matlamat Selangor sebagai Bandar Pintar menjelang 2025

14 Aug 2023 • 12:38 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Program inisiatif hijau Synergy diperluas bagi menyokong matlamat Selangor sebagai Bandar Pintar menjelang 2025

zulfadli

14/08/2023 - 12:38

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Program Inisiatif Hijau Synergy terus diperluaskan merangkumi komuniti dan organisasi untuk menyokong matlamat Kerajaan Negeri Selangor bergelar Bandar Pintar emisi rendah karbon menjelang 2025.

Program berkenaan bermatlamat untuk menyasarkan penjimatan tenaga yang setara dengan mencegah lebih daripada 3.7 tan emisi pelepasan karbon dioksida (CO2), serupa dengan penanaman lebih 100 juta pokok dalam jangka masa lebih 10 tahun bagi 6,000 Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) Hartanah Berstrata di Selangor.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, sasaran 2023 berkenaan adalah untuk melaksanakan 10% pencahayaan LED dalam perbandaran Selangor.

Program yang disokong dan diperakui oleh Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar & Pembangunan Usahawan Negeri, Roadziah Ismail, serta Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) - Synergy menegaskan komitmennya terhadap tujuan wawasan ini dengan terus melaksanakan penyelarasan dengan rakan kongsinya, JL Facilities Management Sdn Bhd (JLFM), JMB dan MC Hartanah Berstrata di daerah Selangor.

Rodziah menegaskan bahawa kerajaan negeri menjalankan proses penilaian yang ketat dan melaksanakan perjanjian pelantikan Synergy bagi dasar ini.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada Synergy kerana memilih Selangor untuk memulakan program bernilai RM400 juta ini yang akan memberikan manfaat kepada 6000 JMB / MC Hartanah Berstrata di negeri ini," katanya dalam kenyataan media di sini.

image is not available

Pengarah Eksekutif Synergy ESCO, Eva Yim berkata, pihaknya menawarkan rumusan penjimatan tenaga sepenuhnya, dari segi produk, perkhidmatan, protokol penjimatan dan kewangan – tiada kos pendahuluan untuk menyertai program ini.

"Kami adalah penentu perubahan di pasaran dengan 210 lumen per watt hanya pada 5 watt dan direka untuk bertahan sehingga 150,000 jam yang bersamaan dengan 34 tahun.

"Kami melakukannya untuk segmen komersial tetapi kini kami benar-benar mahu mengetengahkannya kepada segmen kediaman memandangkan ia merupakan bahagian penting dalam keseluruhan masyarakat," katanya.

Geo Bukit Rimau terletak di Shah Alam merupakan hartanah pertama dalam pengurusan JLFM yang bekerjasama menerusi program ini dengan sokongan pihak majlis perbandaran tempatan; Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Bergelar antara peserta terawal program ini, Geo Bukit Rimau dikenali sebagai salah satu daripada “Perintis Hijau” Synergy.

Di samping itu, untuk memudahkan peralihan yang selesa dan lancar dalam kalangan peserta yang berminat untuk menyertai program ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor turut mengumumkan pengiktirafan khas.

Disokong oleh pengiktirafan MMKN ke atas dasar ini, Synergy kini mampu menyediakan pelan yang lebih mampan untuk bakal peserta JMB & MC Hartanah Berstrata yang terpaksa berhadapan dengan kos operasi yang meningkat, dan kini harus mengurangkannya serta pada masa yang sama mengurangkan jejak karbon mereka. - DagangNews.com