Program Merdeka: Fahmi edar 1,000 Jalur Gemilang kepada pengguna kenderaan di Pantai Dalam

27 Aug 2023 • 8:48 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengguna laluan utama di Pantai Dalam, berdekatan Stesen Petronas Lebuhraya Pantai Baru (NPE) di sini, hari ini.

image is not available
Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mengedarkan Jalur Gemilang sempena perasmian program Jelajah Konvoi Kembara Merdeka dan Jalur Gemilang bagi kawasan berkenaan - Gambar ihsan Kementerian Komunikasi & Digital, 27 Ogos, 2023

Pengedaran itu disempurnakan Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai bersempena perasmian program Jelajah Konvoi Kembara Merdeka dan Jalur Gemilang bagi kawasan berkenaan.

Ia dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin Malaysia (PTY) Malaysia.

image is not available
Program itu dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin Malaysia (PTY) Malaysia - Gambar ihsan Kementerian Komunikasi & Digital, 27 Ogos, 2023

Aktiviti sempena program itu membabitkan konvoi bermotosikal mengelilingi kawasan Lembah Pantai oleh penduduk parlimen berkenaan dan edaran 1,000 ‘car flag’.

Program jelajah itu dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan, selain menyemai semangat perpaduan serta cintakan negara sempena ulang tahun kemerdekaan ke-66.

image is not available
Aktiviti sempena program itu membabitkan konvoi bermotosikal mengelilingi kawasan Lembah Pantai oleh penduduk parlimen berkenaan dan edaran 1,000 ‘car flag’ - Gambar ihsan Kementerian Komunikasi & Digital, 27 Ogos, 2023

Terdahulu, Fahmi mengumumkan bahawa tema dan logo sambutan Hari Kemerdekaan 2023 adalah Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan. – 27 Ogos 2023