Program motivasi rumah tangga: Peserta, fasilitator disyaki terlibat aktiviti berbogel

16 Jul 2025 • 10:21 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Chia Wan Rou, FMT

SHAH ALAM: Peserta motivasi rumah tangga eHati berbogel dalam acara dinamakan ‘Queens Night’ pada malam terakhir program yang berlangsung dari 27 hingga 30 Sept tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan (gambar), berkata siasatan mendapati empat individu terlibat dalam ‘Queens Night’ dan berlaku aktiviti berbogel seperti didakwa.

Katanya, aktiviti bogel itu dilakukan oleh fasilitator dan juga peserta program diadakan di Pusat Konvensyen IDCC.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Terdapat dua pakej yang ditawarkan pada program terbabit, di mana pakej A berharga sekitar RM6,000 manakala pakej B berharga sekitar RM9,000,” katanya dalam sidang media di IPK Selangor.

Katanya, pakej B mempunyai tambahan program dikenali sebagai ‘Queens Night’ dan aktiviti bogel itu turut dipanggil sebagai ‘rebirth’ yang dikatakan memberikan motivasi kepada peserta.

Menurutnya, polis merampas pelbagai peralatan digunakan dalam program itu termasuk beberapa cecair minuman juga sudah dihantar kepada Jabatan Kimia untuk mengetahui kandungannya.

Dalam pada itu, Hussein berkata pihaknya mengenal pasti 50 peserta yang menyertai program berkenaan.

“Kami sudah ada senarai, maka saya ingatkan mereka tampil di IPD Shah Alam untuk memberi kenyataan. Sekiranya gagal, tindakan lebih keras termasuk tangkapan akan diambil kepada individu terbabit,” katanya.

Katanya, setakat ini seramai 30 individu termasuk penganjur dirakam keterangan.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga pengasas program itu bersama empat individu lain direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. - FMT