Program pengakuan cukai secara sukarela dijangka beri tambahan hasil RM1 bilion

3 Apr 2023 • 2:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 APRIL: Program pengakuan sukarela khas yang bermula 1 Jun hingga 31 Mei tahun depan dijangka memberi tambahan hasil kepada negara sebanyak RM1 bilion.

Timbalan menteri kewangan berkata program pengampunan ke atas penalti 100 peratus terhadap cukai langsung dan tidak langsung turut dijangka memberi tambahan hasil RM500 juta tahun ini.

“Berdasarkan prestasi kutipan cukai daripada program pengakuan sukarela yang dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum ini, kerajaan menganggarkan tambahan hasil boleh dikutip RM500 juta tahun ini.

“Manakala RM1 bilion untuk keseluruhan tempoh program sehingga 31 Mei 2024,” kata Steven Sim Chee Keong dalam sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana menteri ketika membentang Belanjawan 2023 mengumumkan pelaksanaan semula program terbabit oleh LHDN dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang akan membantu menambah hasil kerajaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program itu juga akan memberi manfaat kepada pembayar cukai yang memanfaatkan inisiatif tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved