Program Penghargaan Rakan Grab 2026: Ringankan Beban Kos Sara Hidup

LocalBusiness & Finance
26 May 2026 • 3:41 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Program Penghargaan Rakan Grab 2026: Ringankan Beban Kos Sara Hidup
YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia (tengah), bersama Rashid Shukor, Pengarah Kanan, Grab Malaysia (di sebelah kiri), dan Caroline Wong, Pengurus Besar, Operasi Strategik dan Projek, Central Mart (di sebelah kanan), bersama pemandu dan rakan penghantaran Grab, di Penghargaan Rakan Grab 2026 di Central Mart, di mana baucar bahan api dan barangan runcit telah disediakan untuk menyokong rakan kongsi di tengah-tengah tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Sektor ekonomi gig terus menjadi talian hayat pendapatan bagi ribuan rakyat Malaysia. Menyedari pengorbanan dan peranan penting yang dimainkan oleh rakan-pemandu dan penghantar mereka, Grab Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan program Penghargaan Rakan Grab bertempat di Central Mart, Sungai Buloh.

Majlis tersebut bukan sahaja meriah dengan kehadiran komuniti pemandu, malah turut diserikan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, bersama pengurusan tertinggi Grab Malaysia dan rakan kolaborasi.

Meringankan Beban Kos Sara Hidup

Sebagai langkah proaktif menangani cabaran ekonomi semasa, Grab dengan kerjasama Central Mart telah mengagihkan baucar petrol serta barangan runcit kepada rakan Grab yang hadir. Inisiatif jangka pendek ini bertujuan memberi kelegaan segera dan meringankan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Melalui inisiatif jangka pendek seperti baucar yang memberi kelegaan kepada rakan Grab dalam persekitaran ekonomi yang mencabar, kami berhasrat untuk memastikan ekonomi gig terus kekal sebagai ekosistem pendapatan yang berdaya maju dan mampan,” kata Rashid Shukor, Pengarah Kanan Grab Malaysia.

Teknologi Pintar Untuk Maksimumkan Pendapatan

Selain bantuan harian, Grab turut memperkasakan para penghantar menerusi pengenalan alatan digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti AI Ride Guide dan sistem insentif yang ditambah baik. Alatan ini berfungsi memberikan maklumat permintaan masa nyata (real-time demand) dan mengoptimumkan laluan perjalanan, sekali gus membantu mereka menjana pendapatan dengan lebih cekap tanpa kehilangan fleksibiliti masa.

Pemerkasaan Golongan Wanita dalam Ekonomi Gig

Apa yang menarik, fleksibiliti yang ditawarkan oleh platform Grab ini terbukti berjaya membantu golongan wanita menjana pendapatan secara mandiri. Kajian terbaharu pada tahun 2026 mendedahkan bahawa 74% rakan wanita Grab melaporkan tahap kebebasan kewangan yang jauh lebih baik selepas menyertai platform ini.

Komitmen Berterusan Menerusi GrabBenefits & GrabAcademy

Syarikat berpaksikan misi ini menegaskan bahawa kejayaan mereka tidak hanya diukur melalui pertumbuhan perniagaan, tetapi juga impak sosial yang positif. Sepanjang tahun 2025, Grab telah melabur lebih daripada RM10 juta bagi program peningkatan kemahiran di bawah GrabAcademy.

Bukan itu sahaja, kebajikan rakan penghantar terus dilindungi melalui GrabBenefits yang merangkumi:

  • Perlindungan insurans kemalangan peribadi.
  • Caruman PERKESO demi keselamatan masa depan.
  • Inisiatif penjimatan kos harian.

Syabas diucapkan kepada Grab Malaysia atas inisiatif murni ini, dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan pemandu serta penghantar di luar sana yang sentiasa memudahkan urusan harian kita!

The post Program Penghargaan Rakan Grab 2026: Ringankan Beban Kos Sara Hidup appeared first on TW Media.

View Original Article