Finalis tiga edisi Piala Thomas, Ong Ewe Hock, berpendapat masih ada pemain yang ditawarkan menyertai Program Road to Gold (RTG) belum mengesahkan status kerana yakin mereka sedang berbincang soal hak dan hala tuju bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
