Program Seminar MYDJ Bantu Pesakit Diabetes, Pelajari “Reverse” Diabetes

Health & Fitness
2 Dec 2024 • 10:41 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Program Seminar MYDJ Bantu Pesakit Diabetes, Pelajari “Reverse” Diabetes

“Saya mendapat diabetes disebabkan gaya hidup yang kuat bersukan namun ketagihan minuman sukan yang manis dan corak pemakanan yang tidak sihat. Begitulah kata-kata seorang bekas tentera, Dzolkarnain Hassan, 52, yang telah mengidap diabetes sejak 20 tahun lepas namun baru mengenali Dr. Jue pada dua tahun sebelum ini.

image is not available

“Saya mendapat diabetes disebabkan gaya hidup yang kuat bersukan namun ketagihan minuman sukan yang manis dan corak pemakanan yang tidak sihat.

“Saya rasa dengan gaya hidup aktif sudah cukup namun tidak menjaga pemakanan sehinggalah doktor menaikkan dos ubat dan insulin kerana paras gula dalam badan mencecah bacaan 22, dan selepas mengenali Dr. Jue di media sosial, saya mula mempelajari banyak perkara untuk reverse diabetes” katanya.

Program seminar MYDJ (Manage Your Diabetic With Dr Jue) dilaksanakan khas untuk membantu pesakit diabetes dengan memberi ilmu pengetahuan bagaimana untuk reverse penyakit dengan mudah.

Dr. Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali Dr. Jue berkata, penyakit diabetes dilihat antara salah satu faktor yang meningkatkan perbelanjaan negara seperti rekod RM4.9 juta dibelanjakan pada tahun lepas bagi rawatan penyakit ini.

image is not available

“Seminar ini dilakukan atas permintaan ramai dari masyarakat terutamanya pesakit diabetes, ini adalah kesinambungan dari personal coaching dan siaran live di media sosial saya.

“Jadi kita buat seminar 1 hari ini dan saya ajar para peserta tentang sebelas protokol yang merangkumi cara pemakanan, gaya hidup dan amalan yang baik untuk reverse diabetes.

“Penyakit diabetes boleh reverse dan kita perlu tahu cara tepat untuk membantu diri kita sendiri” katanya dalam sidang media disini.

Jelasnya lagi, seramai lebih 800 orang peserta menghadiri seminar MYDJ kali keempat ini dan hanya dibuat setahun sekali sahaja.

Sesi seminar diteruskan dengan perkongsian Dr. Jue mengenai punca, tanda awal, dan kesan negatif diabetes jika tidak dirawat. Beliau turut menggalakkan peserta untuk mengubah amalan pemakanan mereka, seperti mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang sering menjadi penyebab utama peningkatan paras gula darah.

Seminar ini juga membincangkan tentang penggunaan ubat-ubatan dalam pengurusan diabetes. Dr. Jue memberi penjelasan mengenai keberkesanan rawatan farmasi, sambil menekankan bahawa perubahan gaya hidup adalah kunci utama dalam mengawal diabetes.

image is not available

Seorang lagi peserta, Suzana Ibrahim, 52, yang telah mengidap diabetes hampir 2 tahun menjelaskan tabiat ‘sweet tooth’ dan menggemari makanan manis menyebabkan paras gula dalam darah meningkat naik.

“Sebelum ini, content Dr. Jue selalu keluar dalam media sosial tetapi saya tidak pernah menghiraukannya sehinggalah pada dua minggu lepas saya ternampak posting beliau yang mempromosikan seminar ini dan saya terus berminat menyertainya.

image is not available

“Banyak ilmu yang saya pelajari dalam seminar ini terutama protokol pemakanan dan senaman yang perlu dilakukan, dan pasti saya akan amalkannya untuk kesihatan lebih baik” jelasnya.

Selain teknik berpuasa intermiten, Dr. Jue turut berkongsi tentang rawatan alternatif bekam yang dianggap berkesan dalam merawat diabetes. Menurut beliau, bekam sering disalah anggap sebagai rawatan kuno, namun apabila dilakukan dengan cara yang betul, ia boleh memberikan manfaat yang signifikan dalam pengurusan diabetes.

Dr. Jue menjelaskan, “Bekam sering disalah anggap sebagai rawatan kuno, tetapi apabila dilakukan dengan betul, ia boleh membantu mengurangkan paras gula darah dan menyokong kesihatan secara keseluruhan. Kajian yang dilakukan sebelum dan selepas rawatan bekam menunjukkan keberkesanannya dalam pengurusan diabetes.” ujar Dr Jue selepas sesi temuramah.