Program Simposium 2.0 TVET bermula Rabu ini

LocalBusiness & Finance
7 Jul 2025 • 12:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kota Kinabalu: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah dengan kerjasama Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, North Borneo University College (NBUC) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan menganjurkan Simposium Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sabah 2.0 bermula Rabu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IDS Sabah yang juga Pengerusi Penganjur Simposium 2.0, Datuk Dr Ramzah Dambul berkata, lebih 300 peserta dari seluruh negeri dijangka menghadiri simposium itu bagi menyertai sesi libat urus dan perkongsian ilmu sepanjang dua hari penganjurannya.

Beliau berkata simposium bertemakan “Sustainable TVET for Sabah’s Future Human Capital: Integrated TVET System” itu bertujuan memperkukuh dan menyelaras ekosistem TVET Sabah agar lebih selari dengan keperluan sebenar industri semasa dan masa hadapan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Simposium ini menjadi wadah penting menghubungkan para pendidik, pengendali latihan vokasional, pembuat dasar dan pemain industri untuk membentuk strategi pembangunan modal insan yang lebih mampan, responsif dan inklusif, sejajar dengan hala tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya dalam kenyataan, Ahad.

Simposium tersebut akan menggarap lima subtema utama iaitu pemodenan sistem latihan dan peningkatan laluan kerjaya, peluasan akses dan jaminan inklusiviti dalam pembangunan kemahiran secara holistik, peranan TVET sebagai pemacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi transformatif.

Selain itu, pemantapan sinergi antara institusi pendidikan dan industri dalam memperkukuh daya saing tenaga kerja, dan adaptasi terhadap amalan terbaik dan tren global dalam memperkasa ekosistem TVET Sabah.

Beliau berkata yuran penyertaan adalah RM300 untuk orang awam manakala RM100 untuk pelajar dan berharap dengan pengisian menyeluruh serta penyertaan pelbagai pihak berkepentingan, simposium itu menjadi pemangkin kepada pendekatan baharu dalam membentuk masa depan pendidikan kemahiran di Sabah.

Antara penceramah yang terlibat ialah Ramzah, Setiausaha Tetap KSTI Sabah Datuk Mohd. Hanafiah Mohd. Kassim, Presiden NBUC Prof. Datuk Dr. Mohaizi Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah JPK Dr. Azmi Ahmad dan Penyelaras Pengurusan TVET Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr.Shanusi Ahmad.

Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web rasmi www.sabahtvet.nbuc.edu.my atau di laman Facebook rasmi Sabah TVET Symposium di facebook.com/SABAHTVET dan maklumat lanjut boleh berhubung kepada Penyelidik IDS, Romandyus Micheal melalui emel [email protected] atau hubungi talian 088-450500 / 017-860 5971.