Project Suncatcher Berjaya Melancarkan Satelit Pusat Data Angkasa Lepas Pertama Ke Orbit

TechnologySpace
2 Oct 2026 • 1:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Project Suncatcher Berjaya Melancarkan Satelit Pusat Data Angkasa Lepas Pertama Ke Orbit

Tahun lalu Google mengumumkan Project Suncatcher dengan tujuan membina pusat data di angkasa lepas. Semalam satelit pertama Project Suncatcher telah berjaya dilancarkan ke orbit oleh Space X menerusi misi Transporter-18 menggunakan roket Falcon 9.

Google berkata ini adalah langkah pertama dalam usaha penyelidikan jangka panjang yuntuk meneroka sama ada angkasa lepas boleh menempatkan infrastruktur pembelajaran mesin yang boleh ditingkatkan skalanya pada masa hadapan. Satelit pertama dilengkapi empat cip TPU dengan ia mengumpul data semasa di orbit bagi melihat tekanan fizikal penerbangan angkasa lepas, keadaan radiasi dan suhu ekstrem.

Image from: Project Suncatcher Berjaya Melancarkan Satelit Pusat Data Angkasa Lepas Pertama Ke Orbit
Satelit Project Suncatcher

Google ingin melancarkan dua satelit menjelang 2027. Pada ketinggian sekitar 650 km daripada permukaan bumi, pusat data AI angkasa lepas boleh mendapatkan bekalan elektrik terus daripada matahari. Kecekapan panel solar menghasilkan tenaga elektrik adalah 8 kali ganda lebih tinggi di angkasa lepas. Secara teorinya bekalan kuasa tanpa tanpa had boleh dijana.

Google juga meramalkan, projek ini mungkin boleh dibina menjelang pertengahan 2030 apabila kos melancarkan satelit ke orbit turun serendah $200/kg. Sekiranya Project Suncatcher diteruskan, Google mengikuti jejak langkah Starcloud sebuah syarikat rintis program NVIDIA Inception dan China yang turut ingin melakukan perkara yang serup

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved