Projek bandar baru bagi Kinabatangan

30 Jul 2025 • 3:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KINABATANGAN: Daerah ini bakal melakar sejarah baharu apabila pembangunan sebuah bandar moden, dinamakan Bandar Seri Milian, dilaksanakan sebagai pemangkin pertumbuhan luar bandar dan ekonomi rakyat setempat.

Projek berimpak tinggi itu merupakan kerjasama strategik antara Majlis Daerah Kinabatangan dan pemaju swasta, Sunmow Construction Sdn Bhd, melibatkan pembangunan bercampur di atas tanah seluas 157.48 ekar di Pekan Kota Kinabatangan.

Majlis pecah tanah projek berkenaan dijadualkan pada 15 Ogos, jam 2 petang di Dataran Terminal Terbuka, Pekan Kota Kinabatangan, dan akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Lamag, Johainizamshah Johari berkata, Projek Bandar Seri Milian akan dilaksanakan dalam tiga fasa selama tempoh 15 tahun, dengan Anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM366 juta.

Keseluruhan kos projek dibiayai sepenuhnya oleh pihak pemaju tanpa sebarang beban kewangan atau cagaran ke atas tanah milik pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, antara komponen pembangunan utama yang dirancang termasuk perumahan moden dan mampu milik, kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, pusat pentadbiran baharu Majlis Daerah Kinabatangan, institusi pendidikan, dewan masyarakat dan kawasan rekreasi, zon perniagaan, komersial serta industri ringan.

Johainizamshah berkata, pembangunan Bandar Seri Milian bukan sekadar inisiatif fizikal, malah menjadi simbol komitmen kerajaan dalam membawa kemajuan secara menyeluruh ke kawasan luar bandar.

“Di bawah kepimpinan Hajiji, kerajaan negeri tekad memastikan rakyat Kinabatangan menikmati kemudahan moden, akses peluang ekonomi dan persekitaran kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya.

Menurutnya, projek itu selari dengan dasar Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar, selain menjamin kemakmuran rakyat secara inklusif.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa rekod prestasi pemaju, yang berpengalaman dalam pembangunan berskala besar serta menggunakan sumber kewangan sendiri, mampu memastikan kelancaran pelaksanaan projek.

“Ini adalah pelaburan untuk masa depan. Bandar Seri Milian bakal menjadi hab pertumbuhan baharu yang merangsang pelaburan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan, serta mengaktifkan ekosistem keusahawanan tempatan.

“Pembangunan ini juga dijangka membawa limpahan sosioekonomi jangka panjang kepada Kinabatangan, seterusnya mengubah landskap daerah itu menjadi antara nadi pembangunan baharu Pantai Timur Sabah,” tegasnya.