Projek bina pejabat, kuarters JPN Tawau siap selepas 5 tahun

26 Mar 2023 • 12:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Projek pembinaan pejabat dan rumah kediaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tawau bernilai RM20 juta di Jalan Kuhara, akhirnya siap selepas lebih lima tahun.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ruji Ubi berkata, projek itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) pada 2016 dan dimulakan pada 19 September 2017.

“Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) bagi projek ini dikeluarkan pada 10 Mac lalu selepas pembinaannya memakan masa selama lima tahun, lima bulan dan 19 hari.