Projek Demonstrasi Digital Kaizen Perkasa Transformasi Produktiviti PKS Pembuatan Melalui Kerjasama Malaysia–Jepun

LocalTechnology
5 Aug 2026 • 5:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Projek Demonstrasi Digital Kaizen Perkasa Transformasi Produktiviti PKS Pembuatan Melalui Kerjasama Malaysia–Jepun

Projek Demonstrasi Digital Kaizen Perkasa Transformasi Produktiviti PKS Pembuatan Melalui Kerjasama Malaysia–Jepun

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) memperkukuh agenda transformasi produktiviti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sektor pembuatan menerusi Projek Demonstrasi Digital Kaizen, hasil kerjasama strategik bersama Asian Productivity Organization (APO) dan Japan Productivity Center (JPC). 

Dibiayai melalui geran khas Kementerian Luar Negeri Jepun (MOFA Japan) yang disalurkan melalui APO, projek ini melibatkan dua syarikat terpilih, iaitu UEDA Plating (M) Sdn. Bhd. dan Sunchirin Industries (M) Sdn. Bhd., bagi mengaplikasikan konsep Digital Kaizen yang menggabungkan amalan penambahbaikan berterusan dengan teknologi seperti IoT, pemantauan data masa nyata dan analitik prestasi operasi. 

Image from: Projek Demonstrasi Digital Kaizen Perkasa Transformasi Produktiviti PKS Pembuatan Melalui Kerjasama Malaysia–Jepun

Keistimewaan utama projek ini ialah bimbingan secara langsung daripada pakar Jepun, iaitu En. Hiroaki Miyahara, pakar Kaizen, dan En. Satoshi Komatsu, pakar transformasi digital.

Syarikat dibimbing melalui penilaian proses, pemasangan peranti IoT, pembangunan dashboard prestasi, latihan sistem serta sesi semakan dan penambahbaikan berdasarkan data sebenar di lapangan. Pendekatan ini membolehkan syarikat mengenal pasti pembaziran, memantau downtime, meningkatkan kecekapan proses serta membuat keputusan operasi berasaskan data. 

Timbalan Ketua Pengarah MPC, Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, berkata kerjasama Malaysia–Jepun ini membuktikan bahawa perkongsian kepakaran antarabangsa mampu mempercepat transformasi produktiviti PKS.

Image from: Projek Demonstrasi Digital Kaizen Perkasa Transformasi Produktiviti PKS Pembuatan Melalui Kerjasama Malaysia–Jepun

“Digital Kaizen bukan sekadar mengenai teknologi, tetapi bagaimana data, manusia dan budaya penambahbaikan digabungkan untuk menghasilkan operasi yang lebih cekap dan berdaya saing. Bimbingan pakar Jepun secara langsung di gemba membolehkan syarikat memahami kaedah penyelesaian masalah secara praktikal dan membangunkan keupayaan untuk meneruskannya secara berterusan”, ujarnya. 

Kerjasama ini sekali gus memperkukuh usaha Malaysia untuk membina PKS yang lebih produktif, tangkas dan berdaya saing, dengan menggabungkan kekuatan Kaizen Jepun bersama teknologi digital dan keupayaan industri tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved