NIMP 2030 Perkukuh Agenda Produktiviti Industri Negara

LocalBusiness & Finance
5 Aug 2026 • 5:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

NIMP 2030 Perkukuh Agenda Produktiviti Industri Negara

NIMP 2030 Perkukuh Agenda Produktiviti Industri Negara

Sektor pembuatan terus memainkan peranan penting sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara melalui sumbangannya kepada KDNK, eksport dan guna tenaga. Namun, peningkatan produktiviti masih menjadi keutamaan, khususnya dalam aspek kecekapan operasi, penggunaan teknologi, pembangunan tenaga kerja dan penyertaan PKS dalam aktiviti bernilai tambah.

Sehubungan itu, New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030) menyediakan hala tuju penting bagi mempercepat transformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan melalui peningkatan kompleksiti ekonomi, pewujudan pekerjaan bernilai tinggi, pengukuhan rantaian domestik serta pembangunan industri yang lebih berdaya saing dan mampan.

Selaras dengan aspirasi tersebut, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), sebagai agensi di bawah MITI, melaksanakan Program Transformasi Produktiviti (PTP) bagi membantu syarikat mengenal pasti jurang prestasi, memperkukuh keupayaan dalaman dan melaksanakan projek penambahbaikan yang lebih tersusun.

Timbalan Ketua Pengarah MPC, Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah berkata, program ini membantu industri dalam penyediaan kerangka yang lebih jelas untuk membantu syarikat bergerak ke arah operasi yang lebih cekap, berteknologi dan berasaskan produktiviti. Melalui intervensi yang dilaksanakan, syarikat dapat mengenal pasti aktiviti tidak bernilai tambah, mengurangkan pembaziran operasi, memperkemas aliran kerja serta membina budaya penambahbaikan berterusan secara berperingkat.

“Melalui latihan kemahiran, penggunaan teknologi, automasi bersasar serta pemantauan prestasi berasaskan data, syarikat berupaya meningkatkan output, mengoptimumkan sumber dan mengurangkan kos operasi. Bagi PKS, intervensi dilaksanakan mengikut tahap kesiapsiagaan agar penambahbaikan yang diperkenalkan lebih praktikal dan memberi impak kepada prestasi perniagaan”, ujarnya.

Pada tahun 2026, PTP menyasarkan 200 syarikat untuk menjalani intervensi produktiviti secara lebih mendalam dengan kerjasama agensi kerajaan, rakan industri dan persatuan perniagaan. Usaha ini diharap dapat mempercepat pelaksanaan NIMP 2030 di peringkat industri serta membantu syarikat meningkatkan produktiviti, daya saing dan daya tahan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Peningkatan Produktiviti, sila layari laman sesawang berikut: https://nimp.malaysiabusinessexcellence.com/admin/dashboard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved