Projek durian musang king UniSZA mula buahkan hasil

LocalFood
15 Jun 2026 • 3:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Projek durian musang king UniSZA mula buahkan hasil
Pokok musang king yang ditanam melalui Program Pembangunan Plot Durian Musang King di Ladang UniSZA kini mula membuahkan hasil.
Image from: Projek durian musang king UniSZA mula buahkan hasil
Plot Durian Musang King UniSZA dijangka mampu menjadi sumber pendapatan jangka panjang yang mampan kepada universiti.
Image from: Projek durian musang king UniSZA mula buahkan hasil
Antara hasil musang king yang ditanam melalui Program Pembangunan Plot Durian Musang King di Ladang UniSZA.

KUALA NERUS – Program Pembangunan Plot Durian Musang King di Ladang Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diusahakan sejak 2018 kini mula membuahkan hasil yang lumayan.

Pegawai Pertanian UniSZA, Mohd Rohaizad Md Rejab berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil perancangan rapi dan pengurusan sistematik oleh Pusat Pengurusan Ladang (PPL) UniSZA yang memberi tumpuan kepada penghasilan anak benih berkualiti tinggi, penjagaan tanaman secara berterusan serta penggunaan amalan pertanian yang berkesan.

**media[3552084]**

Menurutnya, setiap anak benih musang king yang ditanam dihasilkan melalui proses cantuman yang dilaksanakan oleh tenaga kerja dalaman yang berkemahiran.

“Penggunaan pokok penanti daripada baka durian yang tahan lasak menjadi antara faktor utama dalam memastikan daya tahan tanaman terhadap penyakit dan perosak, selain membantu pembentukan sistem akar yang lebih kukuh.

"Bagi memastikan kadar kelangsungan hidup yang tinggi, proses penanaman turut dilaksanakan secara berfasa mengikut kesesuaian cuaca dan keadaan ladang," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

**media[3552083]**

Beliau berkata, hanya anak benih yang telah melalui proses adaptasi serta menunjukkan pertumbuhan stabil akan dipindahkan ke tapak penanaman kekal.

"Pendekatan tersebut didapati berjaya mengurangkan risiko kejutan pemindahan (transplanting shock) dan meningkatkan pertumbuhan pokok sehingga mampu menghasilkan buah yang berkualiti.

"Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kecekapan pengurusan ladang oleh warga PPL, malah menyerlahkan potensi Ladang UniSZA sebagai pusat rujukan dalam pengurusan tanaman durian premium secara komersial," ujarnya.

Beliau berkata, dengan hasil yang semakin memberangsangkan, Plot Durian Musang King UniSZA dijangka mampu menjadi sumber pendapatan jangka panjang yang mampan kepada universiti, di samping menyokong agenda pemindahan teknologi dan pembangunan pertanian moden yang berimpak tinggi kepada masyarakat serta industri agromakanan negara.

"Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen UniSZA dalam memperkasakan bidang pertanian berasaskan inovasi dan amalan terbaik, selaras dengan aspirasi universiti untuk menjadi peneraju kecemerlangan ilmu dan pembangunan lestari," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved