Projek ECRL Terengganu Capai Kemajuan Terpantas, Siap 86%

LocalBusiness & Finance
5 Sep 2024 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tahap kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu kini mencapai 86%, menjadikannya lokasi pembinaan paling cepat berbanding negeri lain seperti Selangor, Pahang dan Kelantan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menyatakan keyakinan bahawa projek ini akan disiapkan mengikut jadual oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan rakan kontrak lain.

Pembangunan TOD Seiring Dengan ECRL

image is not available

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan memastikan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di sekitar enam stesen ECRL di Terengganu dapat disiapkan pada tempoh masa yang sama dengan projek rel tersebut.

“Kerajaan negeri juga sedang meneliti dan merancang tapak TOD di sekitar stesen-stesen ECRL untuk memastikan pembangunan ini dapat dimulakan dan disiapkan seiring dengan projek ECRL.

image is not available

“Kita tidak mahu bila ECRL siap tapi kita belum buat apa-apa lagi untuk TOD, jadi sebab itu kita telah mengadakan perbincangan di peringkat kerajaan negeri pada pagi tadi dan insya-Allah selepas ini saya akan turun ke daerah lain untuk meninjau design dan semua perkara,” katanya.

Peluang Ekonomi Melalui TOD

Menurut Ahmad Samsuri, komponen dalam TOD yang melibatkan aspek komersial dan bukan komersial membuka peluang kepada rakyat dan ahli perniagaan untuk terlibat dan menjana ekonomi negeri. Beliau berharap kawasan sekitar stesen ECRL akan menjadi pusat aktiviti ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat, bukan hanya sebagai jaringan pengangkutan untuk penumpang dan kargo.

Sumber: Sinar Harian