
NABAWAN: Projek menaik taraf jalan dari Sepulut ke Pekan Pagalungan dengan kos kira-kira RM380 juta kini mencapai lebih 90 peratus siap.
Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan Ahmad Fairuz bin Yunus berkata, laporan kemajuan kerja fizikal ini sehingga pertengahan Februari tahun ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, pembinaan naiktaraf jalan sejauh lebih kurang 38 kilometer itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Beliau yakin ia siap dalam tempoh yang ditetapkan memandangkan kerja-kerja pembinaan naiktaraf jalan berkenaan termasuk pembinaan jambatan berjalan lancar.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, semua jambatan sudah siap termasuk jambatan menyeberangi sungai Logongon yang dikenali jambatan Binanding yang sudah mula dilalui minggu lepas.
Penduduk, Musuh , menyatakan kegembiraan penduduk sekitar Daerah Kecil Pagalungan dengan kewujudan jalan raya berturap ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Banyak manfaat yang kami peroleh, terutamanya dalam memudahkan urusan harian dan mengeluarkan hasil pertanian. Jalan yang baik menjadi nadi utama pembangunan serta pertumbuhan ekonomi setempat,” katanya.
Selain itu katanya, ia juga turut menyumbang kepada sektor pelancongan di kawasan ini yang bakal menerima limpahan pembangunan berikutan pemindahan ibu kota negara jiran Indonesia di Nusantara.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, ia turut memberi peluang kepada penduduk untuk mengusahakan perniagaan Homestay sebagai sumber pendapatan.
Musuh yakin jalan raya Sepulut - Pagalungan ini akan merancakkan pembangunan dan menjana pendapatan penduduk kampung.
“Sebelum ini Daerah Kecil Pagalungan terputus hubungan dengan daerah-daerah lain di negeri ini kerana jaringan jalan tidak baik ia itu menggunakan bekas jalan balak yang sering terputus,” jelasnya.
Tetapi katanya, kini Daerah Kecil Pagalungan terhubung dengan daerah-daerah di negeri ini disamping memendekkan masa perjalanan.
Tinjuaun Daily Express mendapati kerja-kerja pembinaan jalan raya ini sedang rancak diperingkat akhir.
Dengan siapnya jalan raya ini, Daerah Kecil Pagalungan berpotensi menjadi destinasi tumpuan pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di kawasan ini.



