Projek jambatan legakan penduduk Sungai Pelek, Bukit Pelandok

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 8:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Projek jambatan legakan penduduk Sungai Pelek, Bukit Pelandok

PORT DICKSON – Penduduk di sekitar Sungai Pelek dan Bukit Pelandok menarik nafas lega apabila dua projek jambatan baharu yang dirancang dijangka dapat memendekkan masa perjalanan serta memudahkan urusan harian mereka apabila siap kelak.

Bagi Hamidan Safonen, 62, dari Pachitan, pembinaan jambatan itu amat dinantikan kerana sudah empat hingga lima tahun dia berulang-alik menggunakan perkhidmatan penambang untuk ke Sungai Pelek.

Katanya, setiap perjalanan menaiki motosikal melalui jeti dikenakan tambang RM2 sehala, menyebabkan beliau membelanjakan kira-kira RM100 sebulan.

“Kalau ada jambatan nanti, sudah tentu lebih mudah. Tak perlu lagi bergantung kepada penambang setiap kali ulang-alik,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Ah Pau, 56, dari Kampung Sungai Nipah berkata, jambatan baharu itu akan memudahkan penduduk terutama mereka yang kerap berulang-alik membeli barangan keperluan.

“Kalau ikut jalan darat memang jauh, sebab itu ramai guna feri. Bila ada jambatan nanti, urusan harian akan jadi lebih mudah,” katanya.

Sementara itu, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah, Datuk Yew Boon Lye berkata, projek Jambatan Su­ngai Sepang yang menghubungkan Sungai Pelek dengan Bukit Pelandok sudah diluluskan di bawah Belanjawan 2024.

Menurutnya, isu keperluan jambatan ini telah dibawa melalui mesyuarat DUN dan me­syuarat jawatankuasa berkaitan bagi mendapatkan perkem­bangan terkini mengenai pelaksa­naan projek.

“Apabila saya bertanya dalam mesyuarat DUN dan juga me­syuarat jawatankuasa sebelum ini, saya dimaklumkan projek tersebut telah sampai ke peringkat pelantikan kontraktor dan dijangka bermula tahun ini.

“Projek dengan siling peruntukan RM160 juta di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu akan meng­hubungkan Sungai Pelek dan Bukit Pelandok,” katanya ketika ditemui di Jeti Pengkalan

Nelayan Sungai Bawah, Bukit Pelandok.

Beliau berkata, sebuah lagi projek iaitu Jambatan Kuala Lukut-Chuah kini berada pada pe­ringkat reka bentuk dengan siling peruntukan RM200 juta.

Katanya, apabila siap kelak, jambatan itu dijangka memendekkan perjalanan dari sekitar 20 hingga 30 minit kepada hanya 3 hingga 5 minit.

The post Projek jambatan legakan penduduk Sungai Pelek, Bukit Pelandok appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved