Projek kuasa Sogip khusus bekal keperluan kilang Esteel

LocalBusiness & Finance
12 Jul 2026 • 11:06 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Projek kuasa Sogip khusus bekal keperluan kilang Esteel

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) menjelaskan loji janakuasa berkapasiti 200 megawatt (MW) yang sedang dibina di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) adalah khusus bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik kilang Esteel, dan tidak akan membekalkan tenaga kepada Grid Sabah.

ECoS dalam satu kenyataan berkata penjelasan itu dibuat susulan laporan berita bertajuk “200MW Sogip Power Plant Expected to be Completed in the Third Quarter of 2027” yang disiarkan pada 10 Julai bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

Menurut kenyataan itu, loji janakuasa kendiri berkapasiti 200MW tersebut dibangunkan khusus untuk membekalkan tenaga elektrik kepada kilang Esteel yang kini sedang dibina di Sogip.

Pada masa sama, ECoS memaklumkan sebuah lagi loji janakuasa berasaskan gas berkapasiti 100MW di Kimanis kini berada pada peringkat akhir pembangunan dan dijangka mula membekalkan tenaga kepada Grid Sabah pada Ogos tahun ini.

Selain itu, dua lagi loji janakuasa berasaskan gas di Kimanis dengan kapasiti keseluruhan 200MW telah diluluskan oleh Majlis Tenaga Sabah pada tahun ini dan dijangka mula beroperasi menjelang akhir 2028.

Menurut ECoS, projek-projek ini, bersama pembangunan penjanaan tenaga lain yang dirancang, akan memperkukuh kapasiti penjanaan Grid Sabah sekali gus menyokong bekalan elektrik yang lebih stabil dan pada kadar berpatutan pada masa hadapan.

ECoS berharap penjelasan itu dapat memberi kefahaman yang tepat kepada orang ramai mengenai peranan sebenar loji janakuasa Sogip.

Ia juga menegaskan komitmennya untuk memastikan segala maklumat berkaitan pembangunan sektor tenaga Sabah disampaikan secara tepat, telus dan berasaskan fakta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved