Projek Lampu Isyarat Expressway Kuching-Samarahan Bakal Siap Pada November 2023

15 Dec 2022 • 12:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sebelum ini pihak JKR juga beri jaminan bakal siap 15 bulan

Projek Lampu Isyarat Expressway Kuching-Samarahan Bakal Siap Pada November 2023. Projek tergendala tiga bulatan di Samarahan ditukar ke persimpangan lampu isyarat bakal siap pada tahun hadapan bulan November nanti.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Datuk Peter Minos turut menyatakan berita gembira ini bahawa kontraktor yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) itu berusaha sedaya upaya untuk melakukan kerja-kerja pembaikan pada tahun ini sebelum diburukkan lagi dengan musim hujan.

image is not available
Projek Lampu Isyarat Expressway Kuching-Samarahan Bakal Siap Pada November 2023

Penantian bakal berakhir tidak lama lagi

Beliau berkata kontraktor mempunyai masa sehingga November tahun depan untuk menyiapkan projek lampu isyarat di tiga bulatan – satu di bulatan Samarahan dan dua lagi di sebelah Kuching. Perkembangan kemudahan pengguna jalan raya ini melibatkan lima bulatan dalam bidang kuasa MPKS dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Walaupun projek lampu isyarat di Expressway Kuching-Samarahan ini pernah tergendala, namun ianya kembali beroperasi semula untuk mempercepatkan penyelesaian isu kesesakan lalu lintas antara Kota Samarahan dan Kuching.

image is not available
Projek Lampu Isyarat Expressway Kuching-Samarahan Bakal Siap Pada November 2023. Kredit gambar: FB Adw Flo/ Sarawak Roads Update

Projek itu penting untuk Samarahan kerana banyak projek besar bergantung padanya

Beliau juga pernah menyatakan bahawa projek ini penting untuk Samarahan kerana banyak projek besar bergantung padanya, termasuk hospital baharu, pusat kanser, pusat penyelidikan penyakit berjangkit, pembangunan sektor swasta dan banyak lagi.

Beliau turut menjelaskan bahawa dalam menyiapkan sesuatu projek, pasti ada kesulitan dan sedikit masalah yang berlaku tidak dapat dielakkan.

image is not available
Projek Lampu Isyarat Expressway Kuching-Samarahan Bakal Siap Pada November 2023

Lampu Isyarat Pintar Ini Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan

Turut dilaporkan juga bahawa 5 buah bulatan di sepanjang jalan tersebut akan digantikan oleh persimpangan yang akan dilengkapi oleh lampu isyarat pintar.

Lampu isyarat pintar ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan bagi mengurus dan mengawal lalu lintas. Sebagai contoh, apabila terdapat kesesakan lalu lintas sistem berkenaan akan memberi masa yang lebih lama kepada lalu lintas.