Projek LPT3: Kerajaan Masih Belum Buat Keputusan Muktamad

LocalPolitics
6 Feb 2025 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Itu kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan. Menurutnya, pihaknya belum memberikan tender kepada mana-mana pihak kerana perlu melalui proses Request for Proposal (RFP) terlebih dahulu.

“Sama ada syarikat konsesi berminat atau tidak perlu dinilai, memandangkan kadar tol dari hujung ke hujung dianggarkan bernilai RM70. Ini menimbulkan persoalan sama ada lebuh raya ini berdaya saing dan mendapat sambutan

image is not available

"Tidak semua 33 konsesi tol ketika ini peroleh keuntungan. Ada juga yang tidak untung. Jadi, LPT 3 ini masih dalam peringkat yang belum ada keputusan muktamad," katanya pada sesi Soal Jawab Lisan.