Anak Saudara Kongsi Gambar Terbaru Azar Azmi, Beritahu Sudah ‘Resign’ Dari Berlakon

Entertainment
5 Feb 2025 • 2:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika anda merupakan seorang peminat drama tempatan, pasti kenal dengan nama Azar Azmi, namanya meningkat menerusi drama Pujaan Hati Kanda di mana wataknya sebagai Fatimah sangat menghiburkan.

Pun begitu, pelakon serba boleh itu didapati hilang dari ‘radar’ pada tahun 2022 dan masih belum membuat kemunculan semula di kaca TV sehingga ke hari ini.

Terbaru, seorang individu di TikTok yang difahamkan anak saudara kepada pelakon itu berkongsi gambar terbaru mak ciknya di sebuah majlis.

image is not available

Pengguna TikTok @thisuserdie berkongsi Azar atau nama panjangnya, Siti Azar Ameerah Azmi merupakan ibu saudaranya selain menyifatkan pelakon wanita itu seorang yang mempunyai perwatakan ‘gila-gila’.

Di ruangan komen ramai netizen yang meminta anak buah pelakon itu untuk meminta agar Azar kembali semula ke kaca TV namun dia memberitahu ibu saudaranya itu sudah tidak lagi berlakon dan hanya menumpukan kepada perniagaannnya.

“Dalam keluarga dia yang paling ‘masuk air’ dan paling extrovert. Tapi insyaAllah suatu hari bila dia sudah betul-betul pulih, dia akan buat kenyataan tentang mengapa dia sudah tak mahu berlakon.

Kadang-kadang masa raya atau kenduri kahwin je dia muncul,” tulisnya.

Anak saudaranya itu turut menafikan bahawa pelakon drama itu sudah berkahwin seperti yang tular sebelum ini.

Rindu nak tengok Azar Azmi berlakon!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.