Projek padi Kota Belud dilancar semasa kerajaan BN: Star

LocalPolitics
18 May 2025 • 4:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) membidas kenyataan Pemuda Umno Sabah yang mendakwa Projek Jelapang Padi Kota Belud sebagai lambang kegagalan Kerajaan Negeri, menegaskan isu tersebut adalah legasi pentadbiran lama.

Timbalan Presiden StarSabah Datuk Robert Tawik berkata, projek itu dimulakan ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah Sabah dan Kerajaan Persekutuan.

Beliau mempersoal ingatan selektif Ketua Pemuda Umno Sabah, Sufian Abdul Karim Sufian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Robert berkata Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mewarisi projek yang sudah lama terbengkalai itu dan kini terpaksa memulihkan isu-isu yang diabaikan oleh pemimpin-pemimpin yang kini galak menuding jari.