Projek pembangunan bandar baharu Kunak. Limpahan ekonomi untuk dinikmati: Masidi

LocalBusiness & Finance
1 Aug 2025 • 5:31 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Projek pembangunan bandar baharu Kunak dijangka mampu memacu ekonomi setempat di daerah itu sejajar pelan strategik Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata projek pembangunan berfasa itu yang dijangka mengambil masa antara lima hingga 15 tahun menunjukkan kesediaan pelabur dalam melaksanakan projek berimpak tinggi yang merangkumi tiga komponen utama iaitu pembangunan komersial, perumahan dan industri ringan.

“Perancangan pembangunan secara teliti dijangka akan membawa limpahan ekonomi kepada daerah Kunak dan Sabah amnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Saya yakin pembinaan bandar baharu ini menjadi satu nukleus kepada aktiviti ekonomi baharu di Kunak dan menambah peluang untuk daerah ini bergerak maju ke hadapan seperti kewujudan bandar-bandar baharu lain di Sabah,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Kunak New Township @ Mostyn Estate di Jalan Kunak Spur di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Adun Kunak Datuk Norazlinah Arif, Pengarah Amazing Synergy Realty Sdn Bhd, Chia Seong Pow, Pegawai Daerah Kunak Majaran Osman dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kunak, Mohd Nazri Pintal serta ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pemaju pembangunan itu.

Masidi berkata kedudukan strategik kawasan yang bakal dibangunkan itu, yang terletak berhampiran jajaran lebuhraya Pan Borneo dan jalan utama ke Pekan Kunak, akan membawa lebih ramai pelancong dan pengunjung ke daerah itu yang memiliki banyak produk pelancongan sedia ada.

Beliau optimis dengan siapnya bandar baharu itu kelak kemudahan seperti tempat tinggal dan banyak lagi dapat memberi manfaat sokongan kepada pembangunan industri-industri lain termasuk mewujudkan lebih banyak produk ekonomi untuk penduduk.

“Kedudukan Kunak di tengah-tengah antara Tawau, Semporna dan Lahad Datu menjadi satu faktor pemangkin pertumbuhan ekonomi yang menarik kedatangan pelabur untuk membantu merancakkan ekonomi setempat, mengubah landskap industri dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Inisiatif bersungguh-sungguh oleh pemimpin setempat untuk melihat Kunak lebih maju ke hadapan perlu direalisasikan dengan sokongan semua pihak termasuk Pejabat Daerah, Majlis Daerah, agensi-agensi lain termasuk pelabur bagi memastikan Kunak mampu berubah menjadi hab pembangunan strategik di Pantai Timur,” katanya.

Sementara itu, Chia berkata rancangan pembangunan bandar baharu Kunak itu dirangka sebagai sebuah kawasan pembangunan holistik seluas 107 ekar yang membabitkan zon transit & komersial, zon perindustrian dan zon perumahan.

“Zon transit & komersial merangkumi pembinaan restoran dan kedai dua tingkat, pasaraya besar, hotel, klinik, farmasi, panggung wayang, stesen minyak, terminal bas moden dan kemudahan lain.

“Zon perumahan membabitkan dua fasa dengan pembinaan 288 unit rumah teres satu tingkat dan dua tingkat yang menawarkan pilihan kediaman bagi memenuhi keperluan saiz isi rumah yang berbeza.

“Fasa berikutnya meliputi 83 unit lot kediaman rumah yang ditawarkan kepada pembeli dengan peluang membina kediaman mengikut citarasa tersendiri dengan penyediaan kemudahan termasuk taman permainan, pusat komuniti, gelanggang sukan dan rekreasi.

“Zon perindustrian pula merangkumi 37 lot bagi menampung keperluan industri ringan dan sederhana seperti pemprosesan, perkilangan dan perusahaan hiliran,” katanya.