Projek Plaza Tol menaiki Genting Highlands dibina di atas jalan persendirian

28 Oct 2023 • 11:03 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Projek pembinaan Plaza Tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kerana ia bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan.

Sebaliknya kata LLM, jalan berkenaan adalah jalan persendirian dan tidak berkaitan dengan Lebuh raya bertol Kuala Lumpur – Karak (KL-Karak).

“Projek pembinaan ini bukan di bawah bidang kuasa KKR/LLM kerana ia bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan,’’ kata LLM dalam satu kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan Lingkaran Cekap Sdn Bhd akan mengenakan bayaran kepada mereka yang memandu ke Genting Highlands tidak lama lagi.

Bagaimanapun jurucakap syarikat berkenaan memaklumkan mereka yang memandu dari tanah tinggi itu tidak akan dikenakan bayaran, lapor Sin Chew.

Namun pada 20 Oktober lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Thomas Su mengesahkan kepada Scoop bahawa Majlis Perbandaran Benting (MPB) telah mengarahkan kerja-kerja pembinaan pondok tol itu dihentikan.

Ini kerana pemaju tidak mengemukakan sebarang pelan dan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan untuk membina pondok tol.

Jalan Batang Kali – Gohtong Jaya dibina pada pertengahan 1960-an oleh Genting Malaysia Bhd, dengan Lingkaran Cekap menjadi penyelenggara jalan berkenaan.

Genting mempunyai 49.4% kepentingan dalam Lingkaran Cekap, berdasarkan kepada laporan tahunan 2022. – 28 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved