Projek Selayang Segar dijangka pacu ekonomi, ubah landskap setempat

LocalBusiness & Finance
9 Jun 2026 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Projek Selayang Segar dijangka pacu ekonomi, ubah landskap setempat

SHAH ALAM, 9 JUN: Projek pembangunan semula di atas tapak Selayang Segar dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi tempatan selain memberi nafas baharu kepada landskap kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer Anfaal Saari berkata pelaksanaan projek penswastaan itu juga bakal membawa manfaat jangka panjang kepada masyarakat dan peniaga di kawasan tersebut.

Menurutnya, projek berkenaan diurus selia oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerusi kaedah Built Operate & Transfer (B.O.T) untuk tempoh 21 tahun.

Katanya, Sri Villa Sdn Bhd dilantik sebagai syarikat projek usahasama bagi melaksanakan pembangunan semula tapak berkenaan.

“Ketetapan masa ini amat kritikal bagi menjamin kelangsungan aktiviti ekonomi peniaga yang kini terpaksa berpindah sementara ke lokasi lain.

“Bagaimanapun, saya mengambil maklum bahawa semua proses libat urus bersama peniaga telah pun dijalankan sebelum pengosongan tapak dilakukan dan keutamaan tawaran penyewaan di gerai milik MPS turut diberikan.

“Saya optimis bahawa projek penswastaan di atas tapak Selayang Segar ini bukan sahaja akan memberi nafas baharu kepada landskap kawasan setempat, malah bakal memacu pertumbuhan ekonomi tempatan,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Anfaal yang merupakan EXCO Kerajaan Negeri turut menggesa MPS untuk terus memantau rapat projek tersebut.

“Ia bagi memastikan pihak pemaju menjayakan projek pembangunan semula ini dengan teratur serta menyiapkannya mengikut tempoh masa yang telah dipersetujui dalam kontrak,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved